Tuesday, 11 June 2024

Siapa 'BK' ?

 Bismillahirahmanirahim, 

Assalamualaikum hi nama aku 'BK' selamat datang ke blog aku.

'BK' adalah nama samaran aku yang diberikan oleh rakan-rakan aku ketika aku di peringkat pengajian sebagai nama pena aku sehingga ke hari ini. Shortform kepada 'BK' adalah 'Budak Kecik' yess nampak macam biasa kan pada korang ?

Sejujurnya ini bukanlah blog pertama aku menulis tapi aku sendiri pun dah lupa blog yang keberapa aku pernah ada. Okay dalam blog kali ni aku akan buat pelbagai cerita berkaitan kehidupan aku. Aku saja nak berkongsi dengan korang walaupun agak mustahil untuk orang membaca blog aku 😂

Boleh aku kongsi sedikit berkaitan kegiatan aku dalam bisnes ? Okay jom aku mulakan.

2022.

Aku mula membuat bisnes pada sekitar tahun 2022 dan bisnes tersebut adalah Shaklee. Yeapp aku tahu mesti korang pernah dengar ataupun korang sendiri pengambil produk tersebut kan ? Jujur aje la dengan aku hahaha. Rasanya aku buat Shaklee masa ni dalam masa 6 bulan sahaja kemudian aku berhenti untuk buat Shaklee atas sebab-sebab tertentu. Aku ingat nak berehat sekejap saja tapi tak sangka pulak sampai 1 tahun aku tak mulakan balik bisnes dalam Shaklee.

2024.

Aku buat keputusan untuk 'comeback' dalam Shaklee tapi kali ni aku mainkan watak sebagai 'BK' dan aku harap buat korang dekat luar sana yang tahu identiti sebenar aku jangan la bocorkan sebab aku sekarang adalah seorang 'BK'. Kali ni aku buat kelainan dengan cara sorokkan identiti aku. Sebenarnya aku terinspirasi daripada 'Teme Abdulullah'. Mestilah korang kenal siapakah beliau kan ?

Aku mengikuti perkembang Teme ni sejak aku di bangku sekolah menengah lagi dan banyak kata-kata teme yang membuatkan aku rasa sesuai dengan diri aku. Aku tak suka orang tahu siapakah aku tapi aku tak tahu nak mulakan dengan cara macam mana. Aku nak mencuba dalam dunia bisnes dan content tapi aku malu untuk ketengahkan bakat yang Allah berikan kepada aku. Tak salahkan kalau aku mengambil beliau sebagai contoh ?

Okay la aku rasa sampai sini dulu untuk sesi perkenalan kita. Aku harap korang dapat support aku tau hehe. Aku jumpa korang blog selanjutnya.


By BK,

Sihat Itu Mahal


Siapa 'BK' ?

 Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum hi nama aku 'BK' selamat datang ke blog aku. 'BK' adalah nama samaran aku yang dib...